Saturday, September 4, 2010

Hospital Pasir Mas


Hospital Pasir Mas telah dibina pada tahun 1981 dan siap pada tahun 1985. Perkhidmatan Pesakit Luar telah dimulakan pada 14hb. September 1985. Manakala Perkhidmatan Pesakit Dalam pula dimulakan pada 10hb. Mac 1986.

Pembukaan telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra pada 3 Mei 1986 bersamaan dengan 24 Syaaban 1406 Hijrah. Pembukaan Hospital ini adalah bagi menampung keperluan penduduk yang sebelum ini bertumpu di Klinik Kesihatan yang terletak di Pekan Pasir Mas. Manakala rawatan pesakit Dalam pula bertumpu ke Hospital Besar Kota Bharu.

Hospital Pasir Mas terletak di Kampung Lati, 5 km. Dari bandar Pasir Mas di atas tapak seluas 43.3 ekar yang merupakan Hospital yang paling luas di Kelantan. Hospital ini dihubungkan dengan dua jalan raya utama iaitu jalan Pasir Mas – Tanah Merah dan jalan Pasir Mas – Rantau Panjang.

Selepas 18 tahun Hospital Pasir Mas ini wujud, masih dikenali sebagai Hospital Lati dikalangan penduduk tempatan. Walaupun terletak 5 km. dari Bandar Pasir Mas, penggunaan Hospital oleh penduduk tempatan adalah sangat baik. Hospital ini telah mengalami perubahan besar seperti pada tahun 1997, perkhidmatan sokongan telah diswastakan dan pada tahun 1998, jabatan pesakit luar telah dipindahkan ke bawah Pentadbiran Kesihatan dan pada tahun 1999 jabatan pesakit luar dipindah ke Klinik Kesihatan Bandar Pasir Mas. Hospital Pasir Mas terus berkembang dari segi bilangan anggota, peralatan dan perkhidmatan kepada pesakit.

Hospital ini memberikan perkhidmatan primer dan sekunder kepada lebih dari 150,000 orang penduduk di Jajahan Pasir Mas yang terdiri daripada 50 buah mukim. Hospital ini terdiri daripada 5 Blok Wad, 2 Blok Asrama, Blok Pesakit Luar dan Unit Kecemasan, Blok X-Ray/Pathologi/Dewan Bedah, Blok Dietetik & Sajian, Blok Stor Integrasi, Blok UBBS, Blok Rumah Mayat, Balai Pelawat, Kantin Masjid dan Blok-blok Perumahan kakitangan. Hospital ini juga memberikan perkhidmatan kepada 7 buah Pusat Kesihatan, 23 Klinik Desa dan 10 Klinik Swasta.

Kedudukan yang berhampiran dengan negara jiran menyaksikan ramai warga negara asing mendapatkan perkhidmatan yang diberikan.

Hospital ini telah mendapat pengiktirafan MS-ISO 9002 - 1994 pada tahun 2002 sehingga Disember 2003. persijilan MS-ISO 9000–2000 dan Akreditasi Hospital pada tahun 2004 dan persijilan MS ISO 9001:2008 pada tahun 2010.

Pada tahun 2000 bilangan pesakit luar (kecemasan, pakar dan beberapa pesakit ulangan) terus meningkat. Begitu juga peningkatan pesakit di Unit Fisioterapi dan perkhidmatan tabung darah. Prestasi tabung darah telah meningkat 30%. Ini adalah kerana Hospital ini mengadakan kempen derma darah setiap bulan di bandar Pasir Mas. Prestasi ujian makmal adalah berbeza-beza. Penurunan sangat ketara diperhatikan dalam bilangan pembedahan kecil di Unit Kecemasan.

Hospital ini telah mencapai piawaian yang ditetapkan bagi 18 QAP indicator. Manakala hanya 1 indicator (NIA) tidak mencapai piawaian, iaitu purata masa tinggal pesakit.

Hospital ini juga telah menjalankan dua projek QAP, Hospital Specific Approach. Di antara yang mendapat kepujian pihak atasan adalah projek tentang peningkatan penggunaan Peak Flow Meter dikalangan pesakit Asthma.

Sebanyak dua inovasi telah dicipta untuk menyenangkan tugas harian di Hospital ini. Laman web terdahulu hospital adalah http://www.welcome.to/hospital-pasir-mas untuk memberi maklumat kepada orang awam, tapi kini telah ditukarkan kepada laman web rasmi yang baru yang mana menggunakan domain Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu http://hmas.moh.gov.my.

Dewan bedah hospital ini telah digunakan secara intensif iaitu tiga ke empat hari dalam seminggu untuk menampung pesakit-pesakit yang memerlukan pembedahan.

Hospital ini telah dianugerahkan Sijil “Naib Johan” dalam pertandingan Laman Web Peringkat Negeri Kelantan kategori Agensi Kerajaan/Badan Berkanun/Institusi Pengajian Tinggi yang telah dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan dan Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar Malaysia. Laman web baru Hospital Pasir Mas telah di wujudkan pada februari 2009 selari dengan ‘Teknology Update’ini juga telah disenaraikan sebagai 20 Laman Web Terbaik KKM pada tahun 2009.

Hospital ini juga telah meningkat aktiviti-aktiviti keselamatan & kesihatan pekerjaan dan telah dipilih sebagai Johan bagi kategori Hospital-hospital Kementerian Kesihatan Malaysia di Negeri Kelantan.

Penggunaan IT di Hospital ini telah meningkat dengan adanya komputer di setiap unit, kemudahan internet diperpustakaan dan HMIS Local Area Network. Alamat emel rasmi hospital ini adalah hosim@moh.gov.my Anggota-anggota hospital telah diberi kursus komputer dan penggunaan internet. Mereka digalakkan untuk mengadakan alamat emel rasmi masing-masing. Program Buku Vot, Sistem Perakaunan Micro, Hospital Management Information System (HMIS) & Program Stor Perubatan Integrasi, CDCIS, e-Notis, e-Cuti dan e-Perolehan, e-Spkb, e-Terimaan, egHrmis sedang berjalan dengan sempurna.

No comments:

Post a Comment