Sunday, September 5, 2010

TALIAN PENTING

Balai Polis

Cawangan

Alamat

No. Telefon

No. Fax

IPK Kelantan

Ibu Pejabat Polis Kontijen Kelantan, Polis DiRaja Malaysia, Jalan Bayam, 15990 Kota Bharu Kelantan

09-7455622

09-7440022

IPD Pasir MasIbu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas, Polis DiRaja Malaysia, 17200 Pasir Mas, Kelantan

09-7908222

Balai Polis Bakong
Balai Polis Bakong, Polis DiRaja Malaysia, 17010 Pasir Mas, Kelantan.

09-7973222

Balai Polis Bunut Susu
Balai Polis Bunut Susu, Polis DiRaja Malaysia, 17020 Pasir Mas, Kelantan

09-7198822

Balai Polis Jeram Perdah
Balai Polis Jeram Perdah, Polis DiRaja Malaysia, 10760 Pasir Mas, Kelantan

09-7971422

Balai Polis Lubok Stol
Balai Polis Lubok Stol, Polis DiRaja Malaysia, 17200 Pasir Mas, Kelantan

09-7950622

Balai Polis Meranti
Balai Polis Meranti, Polis DiRaja Malaysia, 17010 Pasir Mas, Kelantan

09-7972028

Balai Polis Tok Uban
Balai Polis Tok Uban

09-7942122

Balai Polis Rantau Panjang
Balai Polis Rantau Panjang, Polis DiRaja Malaysia, 17200 Pasir Mas, Kelantan

09-7950222

Pondok Polis Pohon Tanjung
Pondok Polis Pohon Tanjung, Polis DiRaja Malaysia, 17000 Pasir Mas, Kelantan

09-7907013

Pondok Polis Tendong
Pondok Polis Tendong, Polis DiRaja Malaysia, 17030 Pasir Mas, Kelantan

09-7198222

Pondok Polis Gelang Mas
Pondok Polis Gelang Mas, Polis DiRaja Malaysia, 17010 Pasir Mas, Kelantan

09-7909122

Kembali

Balai Bomba Dan Penyelamat

Cawangan

Alamat

No. Telefon

No. Fax

Balai Bomba Dan Penyelamat Pasir Mas

Balai Bomba Dan Penyelamat Pasir Mas

09-7909444

Kembali

Pejabat Kesihatan

Cawangan

Alamat

No. Telefon

No. Fax

Pejabat Kesihatan Pasir Mas

Pejabat Kesihatan Pasir Mas

09-7908333

09-7912601

Kembali

Klinik Kesihatan

Cawangan

Alamat

No. Telefon

No. Fax

Klinik Kesihatan Bandar Pasir Mas

Klinik Kesihatan Bandar Pasir Mas

09-7911905

09-7907497

Klinik Desa Pohon Buloh

Klinik Desa Pohon Buloh

09-7975901

Klinik Desa Banggol Chicha
Klinik Desa Banggol Chicha

09-7903320

Klinik Desa Repek
Klinik Desa Repek

09-7900981

Klinik Desa Bayu Lalang
Klinik Desa Bayu Lalang

09-7903318

Klinik Desa Jejawi
Klinik Desa Jejawi

09-7914083

Klinik Kesihatan Meranti
Klinik Kesihatan Meranti

09-7975211

09-7975057

Klinik Desa Gelang MasKlinik Desa Gelang Mas

09-7977921

Klinik Desa Pohon TanjungKlinik Desa Pohon Tanjung

09-7975905

Klinik Kesihatan TendongKlinik Kesihatan Tendong

09-7198333

09-7193014

Klinik Desa Pengkalan KalaKlinik Desa Pengkalan Kala

09-7976925

Klinik Desa KasarKlinik Desa Kasar

09-7903352

Klinik Desa Bunut SusuKlinik Desa Bunut Susu

09-7193669

Klinik Kesihatan Rantau PanjangKlinik Kesihatan Rantau Panjang

09-7950333

09-7952975

Klinik Desa Kubang KualKlinik Desa Kubang Kual

09-7904973

Klinik Desa Baroh PialKlinik Desa Baroh Pial

09-7940010

Klinik Desa Lubok SetolKlinik Desa Lubok Setol

09-7953525

Klinik Desa Kg. RahmatKlinik Desa Kg. Rahmat

09-7953360

Klinik Desa Gual PeriokKlinik Desa Gual Periok

09-7952246

Klinik Kesihatan ChekokKlinik Kesihatan Chekok

09-7942333

09-7942023

Klinik Desa ChekokKlinik Desa Chekok

09-7941223

Klinik Desa Sungai KeladiKlinik Desa Sungai Keladi

09-7942918

Klinik Kesihatan KangkongKlinik Kesihatan Kangkong

09-7943155

09-7943393

Klinik Desa LatiKlinik Desa Lati

09-7916448

Klinik Desa Chicha TinggiKlinik Desa Chicha Tinggi

09-7916327

Klinik Desa Lubok TapahKlinik Desa Lubok Tapah

09-7903350

Klinik Kesihatan To' UbanKlinik Kesihatan To' Uban

09-7941333

09-7942023

Klinik Desa Bukit PerahKlinik Desa Bukit Perah

09-7911434

Klinik Cherang HangusKlinik Cherang Hangus

09-7917969

Kembali

Talian Perniagaan


Nama

Alamat

No. Telefon

HPA HALAL MART
PASIR MAS

DEPAN PANTAI TIMUR

Seksyen 1, Bandar Pasir Mas, Kelantan.

0139910717

Pasaraya Pantai Timor (Pasir Mas) SDN.BHD.781710-K

PT 308 - PT 314, Seksyen 1, Bandar Pasir Mas, Kelantan.

019-3368977

Pasaraya Mydin17200 Rantau Panjang, Kelantan09-7450750
Pasaraya Bilal17000 Pasir Mas
Kelantan
Kembali

Pendidikan

Nama Pusat Pengajian / Sekolah

No. Telefon

Kolej Kemahiran Tinggi Mara Pasir Mas (KKTM)

09-7909558

Kolej Kejururawatan Pasir Mas09-7912608
Giat Mara Pasir Mas09-7901710
JPM Pasir Mas09-7908044
Institut Zaba Pasir Mas09-7908095
Sekolah Menengah Kebangsaan Ibrahim 109-7909214
Sekolah Menengah.Lemal09-7909219
Sekolah Menengah Tendong09-7198429
Sekolah Menengah Bunut Susu09-798522
Sekolah Menengah Kadir Adabi09-790382
Sekolah Menengah Kankong09-7906030
Sekolah Menengah Arab Pasir Mas09-7909054
Sekolah Menengah Tiang Chandi09-7907586
Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Bemban09-7906116
Sekolah Renendah Kebangsaan Dato Hamid II09-709167
Sekolah Kebangsaan Mekasar09-709215
Sekolah Rendah To’ Sangkut09-7906227

Kembali
Utiliti

Nama Jabatan / Syarikat

No. Telefon

JKR Pasir Mas

09-7908040

JPS Pasir Mas09-7908477
JPP Pasir Mas09-7903781
JPM Pasir Mas09-7908044
Jabatan Ukur Pasir Mas09-7909055
Jabatan Haiwan (Veterinar) Pasir Mas09-7909375
TNB Pasir Mas09-7909029
Pejabat Pos Pasir Mas09-7908022
Pejabat Perpaduan Pasir Mas09-7908866
Pejabat Mara Pasir Mas09-7909886
Kembali

Alamat Sekolah

SK Bakong
Alamat: Kampung Bakong,
17000 Pasir Mas, Kelantan
Tel: 09-797 5922
Faks: 09-797 5922

SK Pohon Tanjung

SK Meranti

Saturday, September 4, 2010

Hospital Pasir Mas


Hospital Pasir Mas telah dibina pada tahun 1981 dan siap pada tahun 1985. Perkhidmatan Pesakit Luar telah dimulakan pada 14hb. September 1985. Manakala Perkhidmatan Pesakit Dalam pula dimulakan pada 10hb. Mac 1986.

Pembukaan telah dirasmikan oleh Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra Ibni Almarhum Sultan Yahya Petra pada 3 Mei 1986 bersamaan dengan 24 Syaaban 1406 Hijrah. Pembukaan Hospital ini adalah bagi menampung keperluan penduduk yang sebelum ini bertumpu di Klinik Kesihatan yang terletak di Pekan Pasir Mas. Manakala rawatan pesakit Dalam pula bertumpu ke Hospital Besar Kota Bharu.

Hospital Pasir Mas terletak di Kampung Lati, 5 km. Dari bandar Pasir Mas di atas tapak seluas 43.3 ekar yang merupakan Hospital yang paling luas di Kelantan. Hospital ini dihubungkan dengan dua jalan raya utama iaitu jalan Pasir Mas – Tanah Merah dan jalan Pasir Mas – Rantau Panjang.

Selepas 18 tahun Hospital Pasir Mas ini wujud, masih dikenali sebagai Hospital Lati dikalangan penduduk tempatan. Walaupun terletak 5 km. dari Bandar Pasir Mas, penggunaan Hospital oleh penduduk tempatan adalah sangat baik. Hospital ini telah mengalami perubahan besar seperti pada tahun 1997, perkhidmatan sokongan telah diswastakan dan pada tahun 1998, jabatan pesakit luar telah dipindahkan ke bawah Pentadbiran Kesihatan dan pada tahun 1999 jabatan pesakit luar dipindah ke Klinik Kesihatan Bandar Pasir Mas. Hospital Pasir Mas terus berkembang dari segi bilangan anggota, peralatan dan perkhidmatan kepada pesakit.

Hospital ini memberikan perkhidmatan primer dan sekunder kepada lebih dari 150,000 orang penduduk di Jajahan Pasir Mas yang terdiri daripada 50 buah mukim. Hospital ini terdiri daripada 5 Blok Wad, 2 Blok Asrama, Blok Pesakit Luar dan Unit Kecemasan, Blok X-Ray/Pathologi/Dewan Bedah, Blok Dietetik & Sajian, Blok Stor Integrasi, Blok UBBS, Blok Rumah Mayat, Balai Pelawat, Kantin Masjid dan Blok-blok Perumahan kakitangan. Hospital ini juga memberikan perkhidmatan kepada 7 buah Pusat Kesihatan, 23 Klinik Desa dan 10 Klinik Swasta.

Kedudukan yang berhampiran dengan negara jiran menyaksikan ramai warga negara asing mendapatkan perkhidmatan yang diberikan.

Hospital ini telah mendapat pengiktirafan MS-ISO 9002 - 1994 pada tahun 2002 sehingga Disember 2003. persijilan MS-ISO 9000–2000 dan Akreditasi Hospital pada tahun 2004 dan persijilan MS ISO 9001:2008 pada tahun 2010.

Pada tahun 2000 bilangan pesakit luar (kecemasan, pakar dan beberapa pesakit ulangan) terus meningkat. Begitu juga peningkatan pesakit di Unit Fisioterapi dan perkhidmatan tabung darah. Prestasi tabung darah telah meningkat 30%. Ini adalah kerana Hospital ini mengadakan kempen derma darah setiap bulan di bandar Pasir Mas. Prestasi ujian makmal adalah berbeza-beza. Penurunan sangat ketara diperhatikan dalam bilangan pembedahan kecil di Unit Kecemasan.

Hospital ini telah mencapai piawaian yang ditetapkan bagi 18 QAP indicator. Manakala hanya 1 indicator (NIA) tidak mencapai piawaian, iaitu purata masa tinggal pesakit.

Hospital ini juga telah menjalankan dua projek QAP, Hospital Specific Approach. Di antara yang mendapat kepujian pihak atasan adalah projek tentang peningkatan penggunaan Peak Flow Meter dikalangan pesakit Asthma.

Sebanyak dua inovasi telah dicipta untuk menyenangkan tugas harian di Hospital ini. Laman web terdahulu hospital adalah http://www.welcome.to/hospital-pasir-mas untuk memberi maklumat kepada orang awam, tapi kini telah ditukarkan kepada laman web rasmi yang baru yang mana menggunakan domain Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu http://hmas.moh.gov.my.

Dewan bedah hospital ini telah digunakan secara intensif iaitu tiga ke empat hari dalam seminggu untuk menampung pesakit-pesakit yang memerlukan pembedahan.

Hospital ini telah dianugerahkan Sijil “Naib Johan” dalam pertandingan Laman Web Peringkat Negeri Kelantan kategori Agensi Kerajaan/Badan Berkanun/Institusi Pengajian Tinggi yang telah dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan dan Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar Malaysia. Laman web baru Hospital Pasir Mas telah di wujudkan pada februari 2009 selari dengan ‘Teknology Update’ini juga telah disenaraikan sebagai 20 Laman Web Terbaik KKM pada tahun 2009.

Hospital ini juga telah meningkat aktiviti-aktiviti keselamatan & kesihatan pekerjaan dan telah dipilih sebagai Johan bagi kategori Hospital-hospital Kementerian Kesihatan Malaysia di Negeri Kelantan.

Penggunaan IT di Hospital ini telah meningkat dengan adanya komputer di setiap unit, kemudahan internet diperpustakaan dan HMIS Local Area Network. Alamat emel rasmi hospital ini adalah hosim@moh.gov.my Anggota-anggota hospital telah diberi kursus komputer dan penggunaan internet. Mereka digalakkan untuk mengadakan alamat emel rasmi masing-masing. Program Buku Vot, Sistem Perakaunan Micro, Hospital Management Information System (HMIS) & Program Stor Perubatan Integrasi, CDCIS, e-Notis, e-Cuti dan e-Perolehan, e-Spkb, e-Terimaan, egHrmis sedang berjalan dengan sempurna.

Kolej Kemahiran Tinggi MARA Pasir Mas (KKTM Pasir Mas)



Kolej Kemahiran Tinggi MARA Pasir Mas (KKTM Pasir Mas) mula dibina pada tahun 1998 dan siap beroperasi pada Januari 2000 dengan nama Institut Kemahiran MARA Pasir Mas (IKM Pasir Mas). Pembinaannya mengambil masa 2 tahun menggunakan perbelanjaan Rancangan Malaysia Ketujuh (RMK-7). Ianya dibina di atas tanah yang mempunyai keluasan 38 ekar dan kedudukannya adalah kira-kira 8 kilometer dari Bandar Pasir Mas. Pengambilan pertama pelajar seramai 100 orang dibuat pada bulan April 2000. Institusi ini merupakan IKM pertama yang menawarkan jurusan di peringkat Diploma Teknologi dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Nama Institut Kemahiran MARA Pasir Mas (IKM Pasir Mas) ditukar kepada nama Kolej Kemahiran Tinggi MARA Pasir Mas (KKTM Pasir Mas) pada tahun 2004 dan menawarkan program Diploma MARA sepenuhnya mulai sesi Julai 2004. Dengan pengstrukturan baru ini jawatan Pengetua telah dinaiktaraf ke jawatan Pengarah dan jawatan Penolong Pengetua ke jawatan Timbalan Pengarah. Dua jawatan Timbalan Pengarah diwujudkan iaitu Hal Ehwal Akademik & Khidmat Pengurusan dan Hal Ehwal Pelajar.

Organisasi KKTM Pasir Mas dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu Bahagian Khidmat Pengurusan & Hal Ehwal Pelajar yang terdiri daripada staf pentadbiran dan Bahagian Hal Ehwal Akademik (HEA) yang terdiri daripada pensyarah teknikal, pensyarah bukan teknikal dan Pegawai Unit Peperiksaan. Bahagian Hal Ehwal Akademik merangkumi Jabatan Pengajian Am, Unit Peperiksaan dan Persijilan serta lima kursus iaitu Kursus Teknologi Elektrik, Kursus Teknologi Elektronik, Kursus Teknologi Senibina, Kursus Teknologi Mekanikal dan Kursus Teknologi Bangunan.

Projek DiRaja

RUJUKAN: http://ms.wikipedia.org/wiki/Jajahan_Pasir_Mas


Projek DiRaja

Kelapa Wangi.

Projek DiRaja Tanaman Kelapa Wangi adalah hasil dari ilham dan cadangan DYMM Raja Perempuan Kelantan selaku Penasihat kepada Projek DiRaja Kelantan. Projek ini merupakan projek pertama yang dilancarkan di Negeri Kelantan pada awal 2001

Sebidang tanah seluas 12.8 ha (31.55 ekar) telah diusahakan di Kampung Gual Mesa, Mukim Apam, Jajahan Pasir Mas yang terdiri dari tanah kerajaan dan keadaan tanah tersebut pada masa itu adalah terbiar dan ditenggelami air.

Kerja-kerja pembangunan projek ini telah dijalankan bersama oleh jabatan dan agensi kerajaan terutama dari jabatan dan agensi di bawah Kementerian Pertanian serta juga pihak swasta kerana tiada peruntukan wang khusus disediakan bagi melaksanakan projek ini. Kerja-kerja penyediaan plan tatatur telah disediakan oleh Jabatan Perancang Bandar dan desa dengan nasihat teknikal diberikan oleh Jabatan Pertanian. Komponen projek terdiri dari tapak tanaman kelapa wangi, tapak tanaman sayur-sayuran, kolam ikan, reban ternakan ayam, rumah peserta, tapak gerai jualan, pejabat dan jalan ladang.

Seramai 8 peserta telah diambil daripada mereka yang terdiri dari golongan rakyat termiskin yang menepati kriteria yang telah ditetapkan oleh Kemeterian Pembangunan Luar Bandar untuk melayakkan mereka mendapat bantuan rumah PPRT(Program Pembangunan Rakyat Termiskin). Peserta dan keluarga akan ditempatkan di dalam kawasan projek dengan diberi kemudahan rumah dan kawasan ladang untuk menjalankan aktiviti pertanian yang telah diatur oleh pihak pengurusan.

Kerja-kerja menyediakan tapak telah dimulakan pada 28 Oktober 2000 dan kelapa wangi telah dicadangkan sebagai tanaman utama disamping tanaman sampingan dan aktiviti pertanian yang lain. Majlis Pelancaran oleh YAM Tengku Temenggong Kelantan telah diadakan pada 29 Oktober 2000.

Institut Pengajian

Institut Pengajian

INSTITUT KEMAHIRAN MARA PASIR MAS

Sekolah Rendah Di Daerah Pasir Mas
SK BAKONG
SK BANGGOL CHICHA
SK BANGGOL PETAI
SK BAROH PIAL
SK BAYU LALANG
SK BECHAH DURIAN
SK BENDANG PAUH
SK BUKIT PERAH
SK BUNUT SUSU
SK CHABANG TIGA CHETOK
SK CHETOK
SK CHICHA TINGGI
SK GELANG MAS
SK GUAL PERIOK
SK GUAL SITOK
SK GUAL TO DEH
SK KAMPONG BARU
SK KANGKONG
SK KEDAI TANJONG
SK KEDONDONG
SK KELAR
SK BECHAH KELUBI
SK KEPAS
SK KOK PAUH
SK KUBANG CHENOK
SK KUBANG KUAU
SK LATI
SK LEMAL
SK LUBOK SETOL
SK MEKASAR
SK MERANTI
SK PANGKAL KALA
SK DATO ABDUL HAMID (1)
SK PENGGU
SK RANTAU PANJANG
SK TANJONG BUNGA
SK TANJONG CHENAK
SK OTHMAN TALIB (1)
SK SRI KIAMBANG
SK TOK SANGKUT
SK TO UBAN
SK RAHMAT
SK DATO ABDUL HAMID (2)
SK OTHMAN TALIB (2)
SK SULTAN IBRAHIM (3)
SK SULTAN IBRAHIM (4)
SK PENDIDIKAN KHAS KELANTAN
SK GUAL TINGGI
SK BUKIT JARUM
SK SRI RANTAU PANJANG (1)
SK SRI RANTAU PANJANG (2)
SK SULTAN IBRAHIM (1)
SK SULTAN IBRAHIM (2)
SJK (C) KHAY BOON
SJK(C) YOK ENG
SJK(C) POY HWA
Sekolah Menengah Di Daerah Pasir Mas
SMK CHETOK
SMK BUNUT SUSU
SMK KANGKONG
SMK TENGKU PANGLIMA RAJA
SMK MERANTI
SMK (P) PASIR MAS
SMK TENDONG
SMK TO UBAN
SMK TIANG CHANDI
SMK SULTAN IBRAHIM (2)
SMK GUAL PERIOK
SMK KEDONDONG
SMK KUBANG BEMBAN
SMK BAROH PIAL
SMK RANTAU PANJANG
SMK SULTAN IBRAHIM (1)
SMK (A) LATI

Profil Pasir Mas

Pasir Mas adalah sebuah jajahan daripada 10 buah jajahan yang terdapat dalam negeri Kelantan. Jajahan-jajahan lain adalah Kota Bharu, Tumpat, Pasir Puteh, Bachok, Kuala Krai, Machang, Tanah Merah, Jeli dan Gua Musang. Ia bersempadanan dengan Kota Bharu di sebelah timurnya dan Tumpat di sebelah utaranya. Ia juga bersempadan dengan negara Thailand di sebelah barat dan di sebelah selatan bersempadan dengan Tanah Merah. Seluas 3.9 peratus daripada keluasan negeri Kelantan adalah keluasan Pasir Mas atau 57,800 hektar.

Sebelum Jajahan Pasir Mas diwujudkan ia merupakan sebahagian daripada Jajahan Kota Bharu. Walau bagaimanapun, setelah dipersetujui bersama, Jajahan Pasir Mas telah diasingkan pada tahun 1918 dan diletakkan dibawah pentadbiran sendiri di bawah Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas. Pada waktu itu Ketua Jajahan Pasir Mas yang pertama telah di sandang oleh Encik Jaafar yang memegang jawatan selama satu tahun.